tag:blogger.com,1999:blog-77398573883160534682024-03-08T03:54:09.430-08:00Double U+CDouble U + Chttp://www.blogger.com/profile/06362059474051793875noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-7739857388316053468.post-30216507784759697482009-09-06T06:41:00.000-07:002009-09-06T06:58:18.147-07:00BM.....Nampaknya saya sudah ketinggalan zaman kerana sekarang baru nak belajar tulis blog.
Semua ini jasa Nobitaklah, selalu ketawa saya tak ada blog, sudah ketinggalan zaman.....jahat punya orang.....
Mungkin anda tertanya-tanya mengapakah saya tulis blog dengan BM?
Jadi, saya nak tanya anda semula, mengapakah anda tidak tulis blog dengan BM?

Adakalanya, saya berasa sedih dengan nasib BM di Malaysia, memanglah BM bahasa kebangsaan kita, tapi, berapakah ramai dalam kalangan kita yang benar-benar berasa bangga nak guna bahasa ini?
Jawapannya: 0

Sebab, bahasa ibunda seperti mandarin, cantonese lebih mendapat tempat dalam hati kita. Tapi, jika direnungkan secara mendalam, siapakah kita?
Orang "China"? Orang "India"??
Semuanya bukan, kita telah ditakdirkan menjadi rakyat Malaysia sejak dilahirkan..... satu hakikat yang tidak dapat diubah. Kad pengenalan dan passport anda selama-lamanya tertera perkataan "Warganegara Malaysia".

Maka, saya fikir, tidak melampau sekiranya kita melaksanakan tanggungjawab kita yang paling minimum - menguasailah bahasa kita, Bahasa Malaysia.

p/s: kepada sesiapa yang tidak faham perkataan yang saya tulis di sini, mungkin anda tidak layak lagi untuk tinggal di negara ini.....Double U + Chttp://www.blogger.com/profile/06362059474051793875noreply@blogger.com10